Forex untuk beginner

Perdagangan mata wang di dalam Pasaran Pertukaran Wang Asing (FOREX) sangat mudah digunapakai pada hari ini dengan banyak jenis akaun yang dihasilkan oleh pelabur-pelabur seperti lot biasa, lot kecil dan micro lot. 
Untuk permulaan anda boleh memulakan dengan akaun micro dengan bermodalkan serendah 50 ringgit.





Tapi bertenang dulu, anda perlu faham bagaimana dan cara-cara untuk berdagang dengan FOREX.
Anda perlulah memahami beberapa perkataan dan istilah di dalam FOREX ini :

PIP : nilai paling kecil yang memberi perubahan kepada nilai mata wang yang didagangkan. Kebanyakan pasangan mata wang akan mempunyai nilai kepada Empat titik perpuluhan seperti [1.0001] ataupun [0.00001].




CONTOH :
Anda membuka dengan membeli (BUY) pasaran bernilai 0.10 sen US Dollar (USD) dan anda mula berdagang dengan nilai pips 1.0001. Kemudianya anda menutup pada nilai 1.0101.

1.0001 - 1.0101 = 100 pip
100 pip x 0.10 USD = 10 USD (keuntungan yang anda akan dapat)

Bermakna setiap nilai yang anda dagangkan akan digandakan dengan pips yang anda dapat sepanjang anda berdagang di dalam FOREX.

Pasangan Mata Wang : Setiap perdagangan untuk dua nilai mata wang yang beransingan. Nilai pergerakan pip akan dibandingankan antara dua mata wang asing. Matawang asing yang pertama digelar sebagai mata wang asas dan matawang asing yang kedua kita akan panggil matawang bandingan. Seperti EURUSD, GBPUSD, USDJPY, AUSUSD dan bermacam2 lagi.




Ada dua cara untuk anda memperdagangkan duit anda dalam FOREX iaitu JUAL (SELL) ataupun (BUY).
SELL atau BUY ini ditentukan dari asas pasangan matawang yang pertama dan ditentang oleh pasangan mata wang kedua.

CONTOH :
Anda berdagang dengan pasangan mata wang EURUSD.


Graph menunjukkan kenaikan EUR bertentangan dengan USD. Bila anda mulakan berdagang dengan membeli (BUY) untuk pasangan mata wang ini. Anda bukan sahaja membeli EUR tetapi anda juga menjual USD dengan tidak langsung. Itulah cara kalau anda berdangan dengan pasangan mata wang asing.
Katakan anda membeli (BUY) EURUSD pada nilai 1.9000 dan selepas itu nilai ini naik sehingga 1.9500. sebanyak 500 pips naik dari nilai yang anda mula dagangkan. 
Ini bermaksud nilai EUR semakin kuat manakala nilai USD semakin lemah dan sebaliknya.

Nota tambahan :
Setiap pasangan mata wang asing mempunyai perbezaan pips iainya dipanggil SPREAD. Ianya bergantung kepada broker anda. 
Jika anda memulakan dagangan spread ini akan tolak bila anda memulakan dagangan seperti contoh 20 pips untuk EURUSD.
Bila anda memulakan dagangan pada nilai 1.0020 maka tolak kepada 20 pips anda akan mula dengan 1.0000 jika anda membeli (BUY) dan 1.0040 jika anda menjual (SELL).


Ulasan